Wednesday, May 18, 2011

NILAI-NILAI MURNI ALAM SEKITAR

RENDAH DIRI
Bumi bukanlah milik kita manusia, kita adalah sebahagian dari bumi dan alam.

BERKERJASAMA
Peranan kita ialah memahami alam tabii dan bekerja serta hidup dengan cara seiring jalan atau dengan cara yang berharmoni dengannya dan bukan untuk melawan atau menjajahnya.

MENGHORMATI ALAM ATAU BUMI
Semua spesis mempunyai hak untuk hidup atau sekurang-kurangnya berjuang untuk hidup, oleh kerana ia juga makhluk yang dijadikan Tuhan. Hak mereka ini tidak bergantung kepada samada spesis tersebut 'berguna' kepada manusia.

HIDUP SEIMBANG
Perkara-perkara yang terbaik di dalam hidup bukan sahaja kebendaan, perasaan kebahagiaan perlu diambilkira.

MEMENTINGKAN KEMAMPANAN EKOSISTEM
Sesuatu itu adalah baik apabila ia dapat mengekalkan keutuhan ekologi, keterusan dan kepelbagaian sistem-sistem yang menyara kehidupan di bumi untuk kita dan hidupan-hidupan yang lain dan salah apabila ia mengakibatkan yang sebaliknya.

MENGEKALKAN HIDUPAN LIAR DAN KEPELBAGAIAN HIDUP ATAU BIODIVERSITI
Amatlah salah bagi manusia mengakibatkan kepupusan mana-mana spesis liar serta menghapus dan memusnahkan habitat mereka.

KEROSAKAN YANG MINIMA
Sekiranya kita ingin melakukan perubahan kepada alam atau bumi, kita mestilah mengikut kadar dan cara yang sesuai dengan alam atau bumi.

EKONOMI BUKANLAH SEGALA-GALANYA
Amatlah salah sekiranya dianggap manusia dan benda-benda hidup sebagai tidak mempunyai sabarang nilai selain daripada nilai ekonomi.

MENGIKTIRAF HAK GENERASI YANG AKAN DATANG
Kita harus meninggalkan bumi dalam keadaan yang sama atau keadaan yang lebih baik lagi.

TANGGUNGJAWAB SETIAP INDIVIDU
Semua orang mestilah bertanggungjawab ke atas pencemaran dan degradasi alam sekitar yang diakibatkan olehnya.Membuang bahan pencemar di tempat lain adalah seumpama kita meracuni orang yang mendiami tempat di mana kita membuang bahan pencemar itu.

KESEDERHANAAN
Tiada individu, badan korporat ataupun negara mempunyai hak yang tidak terbatas ke atas sumber-sumber alam atau bumi yang terhad, jangan biarkan keperluan bertukar menjadi laba.

PERLINDUNGAN DAN PEMULIHAN EKOSISTEM
Kita mestilah melindungi ekosistem yang sedia ada dan memperbaiki semula semua yang telah rosak.

ETIKA MELEBIHI HUKUM
Di dalam melindungi dan memastikan kemandirian alam atau bumi, berbuatlah lebih daripada apa yang diminta oleh undang-undang.

MENGALAMI DAN MENGHAYATI ADALAH YANG PALING BAIK
Cintailah alam atau bumi dengan mengalami dan menghayati udara, air,tanah,tumbuhan dan haiwan-haiwannya.

CINTAKAN PERSEKITARAN
Kenali dan pupuk rasa cinta pada persekitaran kita.



Sumber:
Era Hijau
Keluaran No.1-2006

Pertandingan fotografi Alam Sekitar


Ahli-ahli kelab yang berminat untuk menyertai pertandingan fotografi alam sekitar boleh melayari website ini.http://www.ensearchenpc.com/. pertandingan ini terbuka hanya untuk jurugambar amatur sahaja.

ENSEARCH NATIONAL PHOTOGRAPHY COMPETITION 2011
THEME : Naturally Malaysia

Category 1 : Nature in your backyard.
Category 2 : Habitat loss, habitat gained.
category 3 : People and places

closing date : 31st August 2011

Aktiviti 14 Mei 2011





Ahli-ahli menghasilkan pasu untuk pokok hiasan dari bahan terbuang.

Wednesday, March 23, 2011

KEPENTINGAN ALAM SEKITAR

Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan mennyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan menjejaskan aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik. Kepentingan-kepentingannya adalah:-

• Kesihatan manusia terjamin
• Tarikan pelancong asing
• Pembekalan udara yang segar
• Ekosistem yang stabil
• Habitat hidupan darat dan air terpelihara
• Mengelakkan kepupusan



Sumber :http://alamsekitar0.tripod.com/id9.html

Lawatan sambil belajar ke Jabatan Metereologi, Putrajaya 2010

Raja Rimba diancam kepupusan




Untuk mendapatkan lebih maklumat, sila pautkan ke halaman berikut: http://ms.wikipedia.org/wiki/Harimau

Monday, March 21, 2011

Logo Kelab

Mesyuarat Agong Kelab Pendidikan Alam Sekitar 2011

Perjalanan Mesyuarat Agong Kelab Pendidikan Alam Sekitar dapat berjalan lancar dengan adanya kerjasama daripada ahli-ahli kelab yang baru.Keahlian pada tahun 2011 adalah bertambah 50% dari jumlah ahli pada tahun lepas dan ini menunjukkan perkembangan positif tahun 2011.Diharapkan semua aktiviti kelab pada tahun ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.